Harimau Malaya jinakkan Maldives 3-0 - Sukan | mStar

Harimau Malaya jinakkan Maldives 3-0

Norshahrul Idlan (tengah) cuba melepasi dua pertahanan Maldives pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu malam. - Bernama

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya melepasi ujian awal sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2018 selepas melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Maldives dalam perlawanan persahabatan antarabangsa  ‘A' di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu malam.

Pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati di awal perlawanan dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.

Namun pada minit ke-15, bermula dengan gerakan Norshahrul Idlan Talaha yang bijak melakukan hantaran ke dalam kawasan penalti, pantas disambut Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang menampan bola menerjah gawang Maldives untuk jaringan pertama negara.

Berselang seminit kemudian, pasukan pelawat yang terkenal dengan jolokan ‘The Red Snapper' itu hampir menyamakan kedudukan apabila rembatan Ali Fasir hasil dari satu serangan balas berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan keputusan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, perlawanan menjadi lebih rancak dengan Maldives terdesak untuk mencari gol penyamaan dan barisan anak buah Tan Cheng Hoe pula semakin bersemangat untuk menggandakan jaringan.

Pemain Malaysia Mohamadou Sumareh (tengah) bersaing dengan pemain Maldives, Ahmed Numaan. - Bernama

Beberapa pertukaran dilakukan Cheng Hoe pada separuh masa kedua antaranya dengan mengeluarkan penjaring pertama, Zaquan Adha dan memasukan penyerang sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid.

Percaturan itu ternyata berhasil apabila Safawi berjaya menyumbat gol kedua negara pada minit ke-80 dengan satu libasan kencang berpunca daripada satu sepakan sudut yang gagal ditumbuk keluar oleh penjaga gol Maldives, Hussain Shareef.

Penyerang naturilisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh melengkapkan malam gemilang Harimau Malaya apabila gerakan solonya berjaya disudahkan dengan satu rembatan menggegarkan gawang Maldives pada masa kecederaan untuk jaringan ketiga skuad kebangsaan.

Maldives, selaku juara Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF), September lalu, menghuni ranking ke-151 dunia manakala Malaysia berada di kedudukan ke-169 Kemenangan tersebut sudah pasti menjadi tonik untuk skuad negara menjelang perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF menentang Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini. - Bernama

Piala AFF Suzuki

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain