suria

Gerrard mahu penyokong yang gemar baling objek diharamkan masuk padang seumur hidup

Gerrard tidak boleh menerima perbuatan membaling objek ke arah para pemain.

STEVEN GERRARD mencadangkan agar larangan seumur hidup dikenakan ke atas penyokong yang membaling objek selepas kejadian yang menimpa Alfredo Morelos terjadi.

Pemain itu terkena objek yang dibaling oleh penyokong bola sepak ketika dia meraikan gol kedua Rangers melawan St Mirren.

Bintang Colombia itu menjaringkan gol pada masa kecederaan dan kemudian berlutut di depan penyokong tuan rumah.

Kelihatan seperti duit syiling melantun di kakinya insiden itu berlaku - empat hari selepas Neil Lennon turut mengalami kejadian sama oleh peminat Hearts di Tynecastle.

"Kami tidak mahu melihat sesuatu objek dilemparkan ke padang di mana-mana stadium di dunia.

"Dan saya berkata kepada semua pesaing saya di luar sana tentang perkara ini. Ia adalah tidak patut dilakukan.

Morelos diserang oleh balingan objek ketika meraikan gol Rangers melawan St Mirren.

"Ia tidak boleh diterima dalam mana-mana sukan, adakah perlu tunggu sehingga mata seseorang cedera atau alami kecederaan teruk sebelum ia dihentikan daripada terus berlaku?

"Orang-orang seperti ini tidak sepatutnya berada di perlawanan bola sepak. Haramkan sahaja mereka selama-lamanya, ia mudah, maka ia akan berhenti.

"Tetapi jika ia diendahkan, ia akan berterusan," kata Gerrard.

Bos St Mirren, Oran Kearney tidak menyedari insiden itu yang berjaya dirakam oleh kamera televisyen berlaku ke atas Morelos.

Dia berkata: "Jika demikian, tidak ada tempat untuk perbuatan seperti itu dalam bola sepak.

"Mana-mana orang yang melangkah masuk ke dalam padang bola sepak harus mempunyai hak untuk keselamatan mereka dan sama juga apabila mereka berjalan keluar padang.

"Itu adalah syarat minimum yang boleh kita minta." - Daily Mail UK

Steven Gerrard

Artikel Berikut

Artikel Lain