Posa kekal presiden FAS - Sukan | mStar

Posa kekal presiden FAS

LIMBANG: Datuk Posa Majais kekal menerajui Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi penggal 2018-2021 pada mesyuarat agung tahunan persatuan berkenaan, Sabtu.

FAS dalam kenyataan berkata pada mesyuarat yang julung kali diadakan di sini, Posa, 55, seorang ahli perniagaan, mendapat pencalonan daripada kesemua bahagian bola sepak negeri ini dan merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden FAS.

"Ini kali kedua beliau (Posa) memegang jawatan itu selepas menjawat jawatan tersebut melalui lantikan exco pada Januari 2017," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menyebut, muka baharu Datuk Awang Daud Awang Putera, seorang ahli perniagaan dari Bintulu dilantik menjadi Timbalan Presiden FAS manakala lima naib presiden yang menang ialah Philip Jabu, Mohd Saif Jubaidi, Abdul Ajis Kon Mohamad Ghazali, Abang Zaini Abang Ismail dan Abdillah Majid.

'Bekas pemain pertahanan Sarawak era Bujang Senang, Jefry Lana dilantik semula sebagai Setiausaha Agung untuk sesi 2018-2021," menurut kenyataan itu, sambil menambah Posa turut memberi sumbangan peribadi RM2 juta kepada FAS.- Bernama

Posa Majais

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain