suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiba di Old Trafford, Ronaldo terus hubungi Ferguson

Ronaldo bersama Ferguson pada Rabu, manakala gambar di sebelah kanan ketika bintang Portugis itu tiba di Manchester United pada tahun 2003.

KETIKA bertandang ke Old Trafford, Cristiano Ronaldo tidak lupa untuk menghubungi bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Ronaldo bersama Juventus tiba di London awal pagi Rabu bagi saingan Liga Juara-Juara yang menyaksikan tuan rumah tewas 1-0.

Dalam pada itu, Ronaldo sempat bertemu dengan Ferguson dan bergambar bersama.

"Seorang jurulatih yang hebat dan lelaki yang menakjubkan. Banyak mengajar saya di dalam dan di luar padang. Gembira lihat anda dalam keadaan baik, Boss!." tulis Ronaldo di laman Twitternya.

Selain itu, Ronaldo turut memberi penghargaan istimewa kepada semua yang menyokongnya ketika bermain bersama United.

Sebagai rekod, Ronaldo tiba di Old Trafford pada 2003 sehingga 2009 di bawah pengurusan Ferguson.

Fergie antara watak penting yang membawa Ronaldo ke United dari Sporting CP seterusnya mengembangkan lagi bakat pemain itu.

Ronaldo, Ferguson

Artikel Berikut

Artikel Lain