Sukan Para Asia: Siti Noor Iasah, Nasharuddin bakal terima insentif negeri Johor

JOHOR BAHRU:  Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin dan Nasharuddin Mohamad bakal menerima insentif dari kerajaan negeri atas kejayaan mereka  memperoleh  pingat emas pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Selasa.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar dalam satu kenyataan.

Sambil mengucapkan tahniah kepada dua atlet olahraga kelahiran Johor itu, beliau berkata pihak kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bagi memikirkan pemberian insentif kepada atlet paralimpik dari negeri ini yang berjaya dalam temasya sukan tersebut.

“Kejayaan dua atlet paralimpik kelahiran Johor itu menjadi pemangkin semangat kepada pasukan paralimpik Johor yang akan menyertai Sukan Para Sukma di Perak pada Disember 2018 nanti.

Kejayaan itu secara tidak langsung dapat mengharumkan nama negeri Johor ke persada Sukan Asia,” kata  Mohd  Khuzzan.

Siti Noor Iasah merangkul pingat emas pertama buat kontinjen negara dalam temasya sukan tersebut setelah memenangi acara akhir 400 meter (m) T20 wanita malah kecemerlangan itu berterusan apabila Nasharuddin menyumbang pingat emas kedua Malaysia dalam saingan 400m T20 lelaki.- Bernama

Sukan Para Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain