suria

Pandelela tarik diri aksi final

JAKARTA: Ratu terjun negara dan sandaran pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Pandelela Rinong menarik diri daripada beraksi dalam final acara 10 meter (m) platform individu wanita yang dijadual berlangsung malam Khamis.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Andy Low selepas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengadu masih berasa tidak selesa ketika turun beraksi pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno sebentar tadi.

“Beliau tidak akan meneruskan aksi di final kerana tidak mahu mengambil risiko. Kecederaannya masih belum pulih dan sebab itu keputusan menarik diri dibuat,” katanya.

Pada pusingan kelayakan itu, Pandelela menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas mengumpul 277.40 mata.

Terdahulu, Olahragawati Kebangsaan 2015 itu turut menarik diri daripada bergandingan bersama Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama yang menyaksikan tempatnya diganti oleh Nur Dhabitah Sabri.

Sebagai rekod, Pandelela mengalami kecederaan belakang ketika menjalani sesi latihan pada Sabtu lepas. - BERNAMA

Pandelela Rinong, Sukan Asia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain