suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yew Sin-Ee Yi singkir pasangan No.3 dunia, mara suku akhir

Gambar fail Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi. Foto FAIHAN GHANI/The Star

JAKARTA: Pasangan beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mencipta kejutan dalam pusingan peringkat 16 saingan Sukan Asia 2018 apabila menewaskan pasangan No.3 dunia dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.

Bertempat di Istora Gelora Bung Karno pada Sabtu, Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking ke-25 dunia menang dengan straight set 21-14 dan 21-17 untuk mara ke saingan suku akhir.

Yew Sin-Ee Yi akan bertemu sama ada dengan pasangan regu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau Kim Won-ho-Seo Seung-jae dari Korea Selatan, bagi saingan ke separuh akhir.

Satu lagi pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bakal bertemu pasangan Nepal, Shrestha Bikash-Shrestha Nabin untuk baki slot ke suku akhir. 

Ong Yew Sin, Teo Ee Yi

Artikel Lain