suria

Mourinho 'naik angin' berdepan kritikan, tamatkan sidang media lebih awal

Reaksi Jose Mourinho pada sidang media, Jumaat. Fpto Man Utd/Getty Images/Daily Mail

JIKA masa berlalu begitu pantas buat Jose Mourinho di Manchester United, beliau pastinya dilihat seperti seorang yang tergesa-gesa pada Jumaat.

Dalam sidang media mingguan, ketegangannya berubah-ubah dengan siaran media berlangsung empat minit dan 13 saat.

Mourinho berdepan dengan 13 soalan dalam tempoh singkat, menunjukkan betapa ringkasnya apa yang perlu diperkatakannya.

Malah, keadaan itu juga memperlihatkan bahawa beliau tidak mahu berada pada sidang media berkenaan.

Pada akhir minggu lalu, Manchester United berdepan dengan kekalahan ketika bertemu dengan Brighton, sehingga mempersoalkan mengenai masa depannya di Old Trafford.

Hubungannya dengan Naib Presiden Eksekutif Manchester United, Ed Woodward terus tegang selepas Mourinho membuat pendedahan mengenai apa yang dirasakannya berhubung pengambilan pemain baharu.

Ditanya adakah hubungannya bersama Woodward adalah baik, Mourinho menjawab: "Sudah tentu". Tak ada masalah ketika itu? "Tidak", jawabnya ringkas, namun agak tidak meyakinkan.

Mengapa timbul cakap-cakap mengenai beliau dan Woodward? "Ya, tapi jangan tanya saya sebab saya tak tahu," kata Mourinho yang selama ini dikenali sentiasa memberi perhatian kepada media. 

"Saya tak baca, saya tidak tahu apakah 10 peratus yang ditulis, saya tidak tahu apakah 10 peratus yang keluar di skrin TV, jadi saya bukanlah orang yang sesuai untuk menjawabnya," katanya.

Mourinho juga menolak beberapa pertanyaan dan menamatkan sidang media lebih awal. - Mail Online UK


Jose Mourinho

Artikel Lain