suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wright takut kalau Xhaka dapat bola

IAN WRIGHT mengakui bahawa dia takut dengan permulaan buruk oleh Granit Xhaka (gambar) pada musim Liga Perdana yang baharu menjelang pertembungan Arsenal menentang West Ham United.

The Gunners menandatangani kontrak baharu dengan pemain kelahiran Switzerland itu pada musim panas selepas perlantikan Unai Emery sebagai pengganti Arsene Wenger pada Mei lalu.

Xhaka menyempurnakan 81 peratus daripada cubaannya dalam perlawanan Arsenal tewas 2-0 kepada juara bertahan Liga Perdana, Manchester City semasa pembukaan Liga Perdana awal bulan ini.

Bintang Swiss itu juga bergelut dengan kekalahan 3-2 kepada Chelsea FC di Stamford Bridge minggu lepas.

Arsenal memperkuat bahagian tengah mereka dengan tambahan pemain Lucas Torreira dalam kontrak bernilai £26 juta (RM136 juta) pada jendela perpindahan musim panas.

Bekas penyerang Arsenal tersebut tidak yakin dengan prestasi Xhaka menjelang perlawanan pada pukul 5 petang Sabtu (waktu tempatan).

"Mereka (Matteo Guendouzi dan Torreira) lebih yakin untuk mendapatkan bola.

"Seseorang seperti Xhaka menakutkan saya pada masa ini, jika bola sampai kepadanya," kata Wright.

Arsenal berada di tangga keenam dalam Liga Perdana musim lalu sekaligus menyebabkan mereka tidak layak menyertai Liga Juara-Juara. - The Sport Review

Granit Xhaka, Ian Wright

Artikel Lain