Skuad menembak pulang hampa tanpa pingat - Sukan | mStar

Skuad menembak pulang hampa tanpa pingat

PALEMBANG: Skuad menembak negara pada Jumaat  pulang kecewa apabila gagal bersinar pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tanpa sebarang pingat disumbangkan dari Lapangan Menembak, Bandar Sukan Jakabaring, di sini.

Pada aksi yang melibatkan atlet negara pada Jumaat dalam acara 10m Air Pistol Wanita, Bibiana Ng Pei Chin (gambar) dan Joseline Cheah Lee Yean masing-masing sekadar menduduk tempat ke-23 dan 24 sekaligus menyaksikan mereka gagal menempatkan diri ke peringkat akhir. 

Hanya lapan teratas layak ke final.

Bibiana Ng mengumpul 560 mata keseluruhan manakala Joseline pula dengan 559 mata.

Mengulas keputusan pada Jumaat, Bibiana jelas berasa kurang berpuas hati dengan prestasinya yang agak merudum pada penglibatannya kali ini.

“Keseluruhan aksi saya kali ini sederhana sahaja. Acara hari ini bukanlah acara kegemaran saya dan sebenarnya saya masih mencuba teknik baru dibawah jurulatih dari Korea Selatan iaitu Lee Do Hee,” katanya.

Lee baru menyertai skuad negara pada April lalu sebagai jurulatih acara pistol.

Sebelum itu, Alia Sazana Azahari gagal melayakkan diri ke pusingan akhir bagi acara 25m pistol wanita dan Eng Wei Jin yang membuat penampilan sulung dalam double trap lelaki juga terkandas pada pusingan kelayakkan.

Untuk rekod, skuad menembak meraih dua perak dan dan satu gangsa pada temasya Sukan Asia Incheon pada 2014. - Bernama

menembak , Sukan Asia 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain