suria

Balotelli 'termakan' pujukan Vieira untuk kekal bersama Nice

Balotelli (kanan) dan Vieira pada sesi latihan di Nice, Itali. - Reuters

PENYERANG Mario Balotelli berkata dia telah dipujuk oleh jurulatih baharu Patrick Vieira untuk kekal di kelab, biarpun menerima lima tawaran daripada pasukan lain termasuk satu dari China.

Balotelli membuatkan penyokong Nice berang kerana hilang pada sesi latihan pada musim panas sementara dia masih mempertimbangkan pilihan yang ada sebelum memutuskan untuk kekal.

Keputusannya untuk kekal buat tiga musim di kelab tersebut disahkan pada Isnin.

"Saya ada niat untuk tinggalkan kelab dan mereka tahu mengenainya.

"Saya faham penyokong, tapi mereka perlu juga memahami saya," katanya kepada saluran TV kelab tersebut melalui sebuah temubual.

Kata pemain yang menjaringkan 43 gol dalam 66 kemunculan bersama kelab tersebut, Nice tidak bermain di Eropah tidak seperti Marseille.

Keputusan yang dilakukannya tidak dipengaruhi oleh kemarahan penyokong tetapi didorong oleh pertimbangan terbaik.

Akhirnya, bekas penyerang AC Milan, Inter Milan, Manchester City dan Liverpool itu berkata bahawa Vieira mengubah 80 peratus daripada keputusannya.

Tambah Balotelli, ia adalah keputusannya sendiri dan tiada sesiapa yang menyuruhnya untuk melakukan demikian.

"Saya buat apa yang saya rasa dan apa yang saya mahu... keputusan terakhir dalam kerjaya saya sentiasa terletak pada saya.

"Saya mungkin ada orang yang boleh bagi nasihat kepada saya, tapi keputusan terakhir tetap daripada saya," katanya. - Eurosport

Mario Balotelli

Artikel Berikut

Artikel Lain