suria

Sikap saya tidak betul ketika tewas kepada Brighton - Pogba

Mourinho (kiri) memberi arahan kepada Pogba ketika aksi bertemu Brighton Ahad malam.

PAUL Pogba menyalahkan dirinya selepas Manchester Tewas 3-2 kepada Brighton and Hove Albion.

Pogba memberitahu kepada Sky Sports selepas perlawanan, bahawa Jose Mourinho menyalahkan 'kesilapan besar' punca daripadanya menyebabkan pasukan tewas.

Pogba yang mengetuai skuad pada aksi Ahad malam itu mengakui mereka memang patut kalah, dan dia antara puncanya.

"Kami tewas, kami tidak layak untuk menang.

"Sikap kami yang menunjukkan seperti tidak mahu mengalahkan mereka. Mereka kelihatan lebih 'lapar' daripada kami.

"Saya menyalahkan diri saya terlebih dahulu, sikap saya tidak betul, kami cuba memberi tekanan, dan ia akan menjadi pengajaran kepada kami.

"Pemain antarabangsa Perancis itu juga bersetuju dengan pendapat pengurusnya bahawa setiap kekalahan akan ada akibatnya.

"Saya yakin kami membuat kesalahan yang tidak sepatutnya terjadi.

"Ia mengecewakan kami walaupun cuba terus bersaing. Anda tidak boleh menggunakan corak yang sama dalam perlawanan. Anda sentiasa mahu mencuba sesuatu yang lebih baik daripada permainan sebelum ini, tetapi kita sedar bahawa kami boleh bermain dengan baik.

"Tetapi sikap yang perlu ada, hilang hari ini."

Paul Pogba, Mourinho

Artikel Lain