suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho sinis jawab soalan wartawan selepas tewas kepada Brighton 3-2

JOSE Mourinho sinis menjawab soalan wartawan wanita selepas skuadnya tewas 3-2 kepada Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad malam.

Jaringan daripada Glenn Murray, Shane Duffy dan Pascal Gross menyebabkan United terkedu di Stadium Amex sekaligus terus memberi tekanan kepada pengendali Portugis itu.

Dan sudah kemestian selepas perlawanan, dia akan ditemubual oleh wartawan beIN Sports, Carrie Brown.

Mourinho menjawab soalan mengenai perlawanan teruk: "Kami melakukan kesilapan. Kami dihukum oleh kesilapan itu."

Brown masih cuba memberi soalan kepada Mourinho mengenai keadaan sukar pemain mencari keserasian dan komunikasi di atas padang.

Namun Mourinho menjawab pertanyaan itu dengan nada sinis: "Anda mesti melakukan tugas dengan hebat kerana mempunyai kelebihan bercakap mengenai keserasian dengan pemain-pemain."


Jose Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain