suria

Ramos sindir Klopp kaitkan dirinya jadi punca Salah cedera

SERGIO RAMOS membalas kenyataan Jurgen Klopp selepas bos Liverpool itu menyalahkan kapten Real Madrid berkenaan kerana mencederakan Mohamed Salah dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Klopp menyifatkan perbuatan Ramos sebagai tidak berhati perut dan ganas apabila Salah ditolak sehingga menyebabkan berlaku kecederaan bahu pada separuh masa pertama perlawanan tersebut.

Ramos yang bergelut dengan Salah dan memegang lengan kanan pemain Mesir itu dia jatuh jatuh, turut menyebabkan Loris Karius mengalami konkusi selepas bertembung dengan penjaga gol Liverpool pada separuh masa kedua di Kiev.

Ramos diminta memberikan reaksi mengenai perkara itu ketika dia bercakap kepada media menjelang perlawanan menentang Atletico Madrid di Tallin dalam Piala Super Uefa pada Rabu malam.

Klopp.

"Ini bukan kali pertama dia kalah, (mungkin) dia nak guna alasan itu sebagai punca kekalahan.

"Sebahagian daripada kami telah bekerjasama di peringkat sangat tinggi sejak beberapa tahun, tak pasti kalau dia masih akan berkata begitu.

"Kata-kata Klopp? Terdapat banyak akibat yang teruk berlaku selepas apa yang terjadi kepada Salah dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

"Biar Klopp risau tentang pemainnya sendiri,"

"Untuk bagi dia senyap, dia antara jurulatih yang saya undi sebagai 'Best of the Year'," kata Ramos.

Salah yang menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu membuka kempen 2018-19 buat kali pertama melalui kemenangan Liverpool 4-0 ke atas West Ham di Anfield pada Ahad. - Daily Mail UK

Sergio Ramos

Artikel Lain