suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo keluar hospital

LEGENDA Brazil dan Real Madrid, Ronaldo dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa selepas menerima rawatan selama beberapa hari di hospital akibat penyakit radang paru-paru (pneumonia) di Ibiza.

Bekas pemain berusia 41 tahun itu dikejarkan ke Hospital Can Misses pada petang Jumaat selepas bercuti musim panas di pulau tersebut.

Ronaldo memuat naik gambarnya di Twitter yang menunjukkan isyarat ‘bagus’ dan mengesahkan dia kini semakin pulih.

Menerusi gambar itu, Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital dan orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

Ronaldo diangkat sebagai pemain terhebat dunia dan memecah rekod perpindahan pemain dua kali sebelum dia berusia 21 tahun.

Dia menjaringkan 15 gol pada aksi Piala Dunia dan memenangi trofi berprestij itu sebanyak dua kali.

Ronaldo turut merangkul anugerah Ballon d’Or sebanyak dua kali masing-masing pada 1997 dan 2002.

Sebelum bersara pada 2011, Ronaldo pernah memperkuat PSV Eindhoven, Barcelona, Inter dan AC MIlan, Corinthians, Cruzeiro dan Real Madrid.

Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zidane ganti Mourinho?

Artikel Lain