suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van der Sar pengarah bola sepak baharu United?

EDWIN van der Sar antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi pengarah bola sepak baharu Manchester United.

Bekas penjaga gol Belanda itu cemerlang bersama Ajax dan pengalamannya semasa bekerja di Old Trafford antara faktor dia menjadi pilihan utama lembaga pengarah United.

Namun Ed Woodward sedang giat melakukan pencarian pengarah bola sepak pertama dalam sejarah kelab itu, lapor Independent.

Jose Mourinho mempertikaikan tindakan Woodward yang gagal membawa masuk pemain yang dikehendakinya pada jendela perpindahan pemain yang ditutup minggu lalu.

United hanya membawa masuk Fred, Diogo Dalot dan penjaga gol pilihan ketiga, Lee Grant.

Woodward dan Mourinho masih boleh campur tangan dalam proses pengambilan pemain baharu tetapi pengarah bola sepak akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas tersebut.

Dalam pada itu, Monchi (Roma) dan Fabio Paratici (Juventus) juga antara calon yang menjadi sasaran United untuk mengisi jawatan itu.

Namun legenda United itu antara pilihan utama Woodward ketika ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain