suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid bida 200 juta pound dapatkan Hazard

SUSULAN perpindahan Thibaut Courtois ke Real Madrid dan kehadiran Mateo Kovacic secara pinjaman, peluang Eden Hazard untuk berhijrah ke Sepanyol masih lagi terbuka.

Real kini terdesak untuk mencari pengganti Cristiano Ronaldo dan sanggup menawarkan bidaan 200 juta pound sterling kepada Chelsea supaya melepaskan Hazard.

Maurizio Sarri telah mengadakan perbincangan dengan Hazard dan dia mungkin tidak membenarkan pemain itu meninggalkan Stamford Bridge.

Chelsea membawa masuk Jorginho dan Kovacic untuk memperkukuh barisan tengah pasukan itu dan Kepa Arrizabalaga menggantikan Courtois musim ini.

Bidaan 200 juta pound sterling satu jumlah yang amat besar tetapi ia tidak berguna ketika ini kerana Chelsea hanya boleh membelanjakannya dalam tempoh lima bulan akan datang.

Hazard kembali berlatih pada Isnin dan beraksi cemerlang ketika Chelsea mengatasi Huddersfield 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.

Namun bekas bintang Lille itu enggan memperbaharui kontraknya yang akan berakhir dalam tempoh dua tahun lagi.

Eden Hazard, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain