suria

Salah peluk penceroboh cilik dapat pujian netizen

MOHAMAD SALAH menjadi buah mulut pada Liga Perdana Inggeris selepas menjaringkan gol dan mempamerkan aksi baik hati terhadap seorang peminat cilik ketika  perlawanan Liverpool menentang West Ham pada Ahad.

Pemenang Kasut Emas musim lalu itu membuka permainan dengan menghadiahkan gol pada minit ke-19 buat Reds.

Pasukan tuan rumah berjaya menggondol kemenangan 4-0 ke atas Hammers di Anfield.

Segalanya berjalan lancar buat pemain Jurgen Klopp pada perlawanan itu, namun permainan itu terganggu apabila seorang peminat cilik melompat papan iklan dan berlari ke padang.

Kamera Sky Sports berjaya merakam insiden itu ketika remaja tersebut cuba meraih perhatian Salah yang kemudiannya memeluk peminat berkenaan tanpa berfikir panjang.

Kita pernah melihat para pemain memberikan reaksi buruk terhadap penceroboh di atas padang seperti yang pernah dilakukan oleh Dejan Lovren pada Piala Dunia ketika mewakili Croatia.

Namun, Salah mengendalikan situasi itu dengan bijaksana, dia memeluk, berbual dan segera mengiringi peminatnya keluar padang.

Peminat di media sosial turut gembira dengan perbuatan Salah itu dan seorang daripadanya menulis: "Salah, ambil masa untuk berjalan bersama peminat cilik keluar padan dan berbual dengannya. Sungguh mengagumkan."

Seorang lagi netizen berkata: "Penceroboh padang memeluk Salah, Salah peluk dia kembali," sementara pengguna media sosial lain berkata: "Sayang Salah, kerana memeluk penceroboh cilik." - Mirror UK

Salah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ada Ronaldo boleh menang!

Artikel Lain