suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sepupu Gerrard milik Liverpool

BOBBY Duncan sah menjadi pemain Liverpool dengan kontrak tiga tahun.

Pemain muda berusia 17 tahun itu mengikut jejak langkah sepupunya, Steven Gerrard yang dianggap salah seorang ikon ketika bersama The Reds.

Gerrad kini merupakan pengurus pasukan Rangers.

Liverpool berjaya mengetepikan saingan lain seperti Juventus, Tottenham Hotspur dan Monaco yang turut mahu mendapatkan bekas pemain Manchester City itu.

"Saya dengan gembira ingin mengumumkan bahawa telah menandatangani kontrak untuk Liverpool.

"Sekian lama menunggu, akhirnya ke kelab ini, kelab yang sejak kecil menjadi impian saya dan membesar dengan menonton kelab ini...impian saya!," ujarnya.

Duncan yang bersama City sejak berusia sepuluh tahun, menukar angin Ogos lalu selepas kecewa dengan peluang di sana.

Untuk itu, Liverpool terpaksa membayar kepada City sebanyak 200,000 pound sebagai pampasan untuk mendapat bintang muda itu.

Pada Mei lalu, dia turut membantu England mara ke separuh akhir Kejohanan Euro Bawah 17 Tahun.

Bobby Duncan, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain