suria

Ronaldo 'unfollow' Real Madrid

JUVENTUS melakukan kejutan apabila menyambar bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada musim panas ini.

Dan kini, Ronaldo dilihat sudah mula menerima kehidupan baharunya di Turin, Itali.

Namun ada sesuatu yang mengejutkan telah dilakukan bintang Portugal itu.

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Ronaldo di Instagram pasti mengetahui segala aktiviti hariannya.

Selepas sembilan tahun memperkuat Real Madrid, Ronaldo akhirnya memutuskan untuk tidak mengikuti Instagram kelab gergasi Sepanyol itu.

Namun, dia masih lagi mengikuti bekas rakan pasukannya di Santiago Bernabeu selain bekas jurulatih Carlo Ancelotti dan Zinedine Zidane.

Malah Ronaldo juga dilihat mula mengikuti rakan baharunya di Instagram.

Ronaldo menjadi antara pemain termahal sepanjang zaman dibawa masuk Juventus dengan perjanjian bernilai 99.2 juta pound sterling.

Pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun bersama juara Itali itu.

Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain