suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United makin hampiri Alderweireld

MANCHESTER United dipercayai akan memuktamadkan perpindahan Toby Alderweireld dari Tottenham Hotspur dalam tempoh 48 jam.

Spurs menetapkan Alderweireld pada harga 75 juta pound sterling dan kelab utara London itu enggan menurunkan harga tersebut.

Menurut The Mirror, rundingan antara kedua-dua kelab menunjukkan tanda-tanda positif dan United dilaporkan akan mendapatkan khidmat pemain pertahanan itu dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Spurs Daniel Levy difahamkan akan menerima tawaran United bagi membenarkan pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan kelab tersebut pada harga tertinggi.

Prestasi Alderweireld terumbang ambing pada musim lalu apabila dia hanya melakukan 13 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Lebih parah, Pochettino kerap menggandingkan Jan Vertonghen dan Davinson Sanchez untuk memperkukuh jentera pertahanan Spurs.

United pernah menawarkan bidaan sebanyak 50 juta pound sterling terhadap Alderweireld pada Mei lalu.

Toby Alderweireld

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

TFC mula langkah kanan

Artikel Lain