suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut tewas punca Guardiola sentiasa 'lapar'

PEP Guardiola mengakui dia masih 'lapar' dengan kejayaan di Manchester City.

Pengurus itu mengakui mereka kini dalam persiapan rapi menjelang perlawanan Piala Perisai Komuniti bertemu Chelsea.

Malah Guardiola menekankan bahawa perlawanan ini penting dan perasaan takut tewas bermain di kepalanya.

"Perasaan takut terhadap kekalahan menyebabkan saya sentiasa kelaparan.

"Saya tidak suka apabila kalah," jelasnya.

Menurut Guardiola, gelaran juara Liga Perdana musim lalu dengan rekod 100 mata yang menyaksikan mereka pasukan Inggeris pertama merakam jumlah itu, dan sejarah itu bukan mudah untuk dipertahankan.

"Apabila kalah, anda akan rasa bersalah, teruk.

"Kehidupan privasi anda tidak menjadi baik. Hubungan dengan pemain tidak akan baik. Jadi, sebab itulah kamu cuba untuk mengelakkan perkara itu.

"Perasaan bimbang terhadap kekalahan menjadikan anda makin lapar," tambahnya.

Pep Guardiola, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain