suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Modric tetap bersama kami"

PENGURUS Real Madrid yakin Luka Modric akan kekal bersama skuadnya.

Julen Lopetegui meletak kepercayaan penuh kepada Modric yang masih bercuti selepas aksi Croatia di pentas Piala Dunia bulan lalu.

Modric sebelum ini dikaitkan dengan sebuah kelab Itali.

"Modric adalah pemain luar biasa, kami sentiasa menunggunya dengan tangan terbuka.

"Saya ada bercakap dengannya selepas aksi akhir Piala Dunia baru-baru ini.

"Dan kita akan lihat sama ada dia sudah bersedia untuk bermain pada 15 Ogos ini (bertemu Atletico Madrid, Piala Super Eropah), yang menjadi salah satu objektif besar musim ini.

"Presiden sudah jelaskan segalanya. Saya tidak ada apa yang hendak diperkatakan," jelasnya.

Sebelum itu, presiden  Florentino Perez menegaskan hanya tawaran 660 juta pound jika Real ingin menjual Modric.

Luka Modric, Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain