suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fizikal Ronaldo semuda 20 tahun?

BINTANG Portugal, Cristiano Ronaldo lulus ujian perubatan dengan Juventus susulan perpindahan bernilai 105 juta pound sterling dari Real Madrid pada musim panas ini.

Nilai perpindahan tersebut agak besar bagi pemain yang sudah berusia 33 tahun itu.

Namun keputusan perubatan mendedahkan perbelanjaan besar Juventus agak berbaloi kerana Ronaldo mempunyai keupayaan fizikal seperti pemain berusia 20 tahun.

Walaupun sudah berusia 33 tahun, Ronaldo masih lagi cergas dan dia memiliki keupayaan seperti pemain 13 tahun lebih muda daripadanya.

Tiga statistik luar biasa didedahkan daripada keputusan perubatan itu merujuk kepada lemak badan, jisim otot dan juga kepantasannya.

Menurut laporan itu, Ronaldo mempunyai tujuh peratus lemak badan iaitu kira-kira tiga peratus kurang daripada purata profesional.

Ronaldo juga mempunyai jisim otot sebanyak 50 peratus iaitu sekitar empat peratus lebih daripada purata profesional.

Malah, legenda Real Madrid itu turut mencatatkan larian terpantas kira-kira 33.98 kilometer pada Piala Dunia.

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain