Felda United kekal di puncak Liga Premier - Sukan | mStar

Felda United kekal di puncak Liga Premier

Pemain Felda Iain Ramsay menendang bola sambil dikawal oleh pemain Felcra. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasukan Felda United mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Premier walaupun seri 1-1 menentang Felcra FC pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, malam Isnin.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad ‘The Fighters' melebarkan rekod tanpa kalah kepada lapan perlawanan dengan kutipan 20 mata.

Pada aksi di Jengka, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes seawal minit kedua perlawanan hasil hantaran silang Wan Zack Haikal Wan Nor.

Pasukan Felcra FC, bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan pemain import dari Brazil, Alselmo Arruda da Silva pada minit ke-23.
Skuad UiTM FC pula melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelima liga setelah menang tipis 3-2 ke atas Sarawak pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam.

Tiga gol pasukan tuan rumah dijaringkan pemain import dari Argentina, Lucas Ramon Pugh pada minit ke-12 dan ke-32, selain Dao Bakary pada minit ke-58, manakala pemain import dari Croatia, Mateo Roskam menyumbang dua gol untuk Sarawak, masing-masing menerusi sepakan penalti pada minit ke-40 dan gol padang pada minit ke-80.

Tiga lagi aksi Liga Premier akan berlangsung Selasa, membabitkan pertemuan antara MIFA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya; UKM FC dan Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang serta pertemuan antara Pulau Pinang dan Terengganu FC II di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Perlawanan antara Johor Darul Ta'zim II dan Kuantan FA yang dijadual berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru, pada Selasa, dibatalkan.

Felda United , Liga Premier

Artikel Sebelum

Mourinho sedia lepaskan Pogba demi Ronaldo

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?