suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cahill harapkan kejutan untuk layak ke CL

GARY Cahill percaya bahawa hanya kejutan sahaja mampu melayakkan Chelsea ke Liga Juara-Juara (CL) musim depan.

Chelsea kini kekurangan lima mata untuk berada di kelompok keempat terbaik liga dan dengan baki empat perlawanan lagi, kapten The Blues itu amat realistik.

"Perlawanan semakin sedikit dan pasukan berada dalam keadaan baik. Jadi jika kami teruskannya, ia akan sangat mengejutkan.

"Perbezaan mata sangat berbeza, tetapi apa yang boleh kami lakukan adalah dengan memenangi baki perlawanan.

"Kami mencatat keputusan baik akhir-akhir ini di Burnley dan hanya perlu fokus menang sahaja," jelas pemain pertahanan itu.

Chelsea bakal berdepan dengan Swansea Sabtu ini sebelum aksi berturut-turut menentang Liverpool dan Huddersfield dan seterusnya ke Newcastle.

"Kami amat memerlukannya," ujarnya.

Dalam pada itu, pengurus Antonio Conte berpeluang membawa Chelsea merangkul trofi Piala FA musim ini sekiranya berjaya menewaskan Manchester United di pentas akhir yang bakal berlangsung pada 19 Mei depan.

Gary Cahill, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain