Beban hutang paksa TRW lepaskan Apek, Piya - Sukan | mStar

Beban hutang paksa TRW lepaskan Apek, Piya

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengesahkan Mohd Badhri Mohd Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat antara pemain senior pasukan itu yang terpaksa dilepaskan lebih awal pada musim ini.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, keputusan itu diambil selepas mereka tidak lagi tersenarai dalam perancangan skuad utama ketua jurulatih, Fajer Ibrahim.

"Ya (lepaskan). Setakat ini mereka tiada dalam perancangan coach," katanya kepada mStar Online.

Turut dilepaskan adalah pemain pertahanan Amirizdwan Taj Tajuddin.

Malah, Bibi berkata, tindakan tersebut turut diambil bagi membolehkan mereka mendapat peluang beraksi bersama pasukan lain, selain membantu mengurangkan beban kewangan persatuan itu.

"Kita tak nak berdepan dengan isu tunggakan gaji yang boleh menganiaya pemain. Langkah ini juga diambil memandangkan kita berdepan hutang yang boleh menyebabkan pemotongan mata," katanya.

Jelas Bibi, keputusan tersebut dibuat dengan nasihat Fajer bagi memastikan Kelantan terus beraksi pada saingan Liga Super musim depan.

"Kita perlu lakukan perubahan dari sekarang kerana kita berada di kedudukan tercorot liga. Setakat ini kita akan pertaruhkan khidmat pemain muda," katanya.

Ditanya sama ada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) ada menghubungi Kafa untuk mendapatkan khidmat Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek, kata Bibi, belum ada tawaran rasmi diterima mereka setakat ini.

"Belum ada (tawaran). Jika ada mana-mana pasukan yang berminat untuk terhadap Apek mahupun Piya (Mohd Badhri) mereka bolehlah berurusan dengan Kafa," katanya.

Beliau turut meminta penyokong The Red Warriors (TRW) supaya menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

"Penyokong kena terima hakikat tiada pemain yang akan kekal selama-lamanya. Teruskan menyokong pasukan tidak kira dalam keadaan susah dan senang," katanya.

Terdahulu, Kelantan turut mengumumkan pemain import dari Brazil, Bruno Lopes bersama tiga pemain tempatan S Veenod, Rozaimi Azwar dan Faizol Nazlin Sayuti tidak lagi beraksi bersama pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini.

Apek , Piya , TRW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Sah Apek sertai MU!

Apek dirisik dua kelab

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain