suria

"Saya tidak berminat apa-apa jawatan dalam MOM"

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin membuat keputusan untuk tidak bertanding merebut sebarang jawatan dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

"Selepas mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM dan mendapatkan nasihat daripada mantan Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Saya dengan ini secara rasmi membuat keputusan untuk tidak bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden MOM pada pemilihan yang akan berlangsung pada 5 Mei 2018.

"Biarpun terdapat spekulasi sebelum ini bahawa ada beberapa persatuan sukan mahu mencalonkan nama saya,  ingin saya nyatakan di sini buat masa ini saya memang tidak berminat untuk memegang apa-apa jawatan dalam MOM," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hamidin memberitahu, keputusan itu dicapai demi memberi fokus kepada FAM.

"Keputusan ini dibuat kerana saya ingin memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap bola sepak negara khususnya FAM sekiranya saya dinobatkan sebagai Presiden FAM yang baharu bagi penggal 2018-2021 pada kongres yang dijadual berlangsung pada 14 Julai 2018," ujarnya.

Datuk Hamidin, FAM, MOM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Tolong jangan pilih saya"

Artikel Lain