suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei mara ke final

GOLD COAST: Datuk Lee Chong Wei pada Sabtu menempah tiket ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2018, yang akan berlangsung Ahad.

Beliau mengambil masa 58 minit untuk mengalahkan pemain India H.S. Prannoy 21-16, 9-21, 21-14 pada perlawanan separuh akhir di Carrara Sports and Leisure Centre di sini.

Chong Wei, yang kini menduduki ranking ketujuh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan bertemu pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Srikanth hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan pemain England Rajiv Ouseph dengan 21-10, 21-17.
- BERNAMA

Lee Chong Wei, Sukan Komanwel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

V Shem-Wee Kiong kandas

Artikel Lain