suria

Mantap presiden baru FAM - TMJ

Hamidin Mohd Amin

PETALING JAYA: Peningkatan ranking skuad bola sepak negara mendapat perhatian bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail memuat naik status ucapan tahniah kepada bakal presiden baharu FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Tahniah saya ucapkan kepada bakal presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kedudukan skuad kebangsaan naik ke tangga 170 daripada 178 sebelum ini.

"Mantap presiden baru. Tahniah," ujarnya di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers petang Khamis.

Kedudukan terbaharu ranking dunia Fifa yang dikemas kini pada Khamis menyaksikan pasukan Harimau Malaya kini berada di kedudukan ke-170 dunia.

Pada 15 Mac lalu, ranking negara jatuh tiga anak tangga ke-178 dunia yang menyaksikan Tunku Ismail membuat keputusan mengejut untuk meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menganggap kegagalan yang besar bola sepak negara.

Biarpun sudah meletak jawatan sebagai presiden, Tunku Ismail masih mengekalkan jawatan penting bola sepak negara sebagai Pengerusi Malaysia Football League (MFL) yang sebelum ini dikenali Kerjasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

Tunku Ismail, FAM, ranking

Artikel Berikut

Artikel Lain