Ranking Harimau Malaya naik lapan anak tangga - Sukan | mStar

Ranking Harimau Malaya naik lapan anak tangga

PETALING JAYA: Ranking bola sepak negara kembali positif apabila naik lapan anak tangga daripada kedudukan 178 dunia.

Kedudukan terbaharu ranking dunia Fifa yang dikemas kini pada Khamis menyaksikan pasukan Harimau Malaya berada di kedudukan ke-170 dunia.

Posisi menyaksikan perubahan baik selepas anak buah Tan Cheng Hoe mencatat satu kemenangan, satu seri dalam perlawanan persahabatan A, manakala tewas pada satu lagi aksi Kelayakan Piala Asia 2018 bertemu Lubnan.

Pada 15 Mac lalu, ranking negara jatuh tiga anak tangga ke-178 dunia yang menyaksikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan mengejut untuk meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menganggap kegagalan yang besar bola sepak negara.

Tunku Ismail dilantik sebagai presiden FAM pada 25 Mac 2017 selepas menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua perwakilan.

Biarpun pelbagai desakan daripada semua persatuan bola sepak negara, Tunku Ismail kekal dengan keputusan rasminya meletak jawatan pada 25 Mac lalu.

Berdasarkan ranking terbaharu, Malaysia mendahului Singapura dengan dua mata (104), manakala Kemboja mengatasi dengan satu mata (105) berada di tangga ke-169.

Ranking dunia , Harimau Malaya

Artikel Sebelum

Fellaini belum pasti hala tuju musim depan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia