suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pahang lwn JDT: Jangan cetus provokasi - Polis

Kedua-dua penyokong dilarang membawa barang-barang yang dilarang seperti suar, mercun dan senjata tajam ke dalam stadium.

KUANTAN: Penyokong pasukan bola sepak Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan bertemu di Stadium Darul Makmur pada Jumaat dinasihatkan agar tidak menimbulkan provokasi yang boleh mencetuskan kekecohan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata ini termasuk provokasi menerusi media sosial.

"Penyokong diminta untuk tidak membawa barang-barang yang dilarang seperti suar, mercun dan senjata tajam ke dalam stadium.

"Tindakan undang-undang akan diambil jika mereka didapati melanggar arahan ini dan juga ke atas mereka yang cuba mencetuskan pergaduhan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Mohamad Noor juga meminta supaya penyokong  tidak meletakkan kenderaan  di bahu jalan yang boleh menganggu lalu lintas selain datang awal ke stadium bagi mengelakkan kesesakan.

Katanya pintu masuk stadium akan dibuka bermula 6 petang.

Pada Jumaat, skuad Tok Gajah akan menerima kunjungan pasukan Harimau Selatan itu untuk saingan suku akhir pertama Piala FA 2018. -Bernama

Piala FA, Suku Akhir, JDt, Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain