Sukan Komanwel: Lot tanah, wang tunai menanti Azroy - Sukan | mStar

Sukan Komanwel: Lot tanah, wang tunai menanti Azroy

ROMPIN: Kerajaan Pahang mempertimbangkan untuk memberi insentif berbentuk lot tanah dan wang tunai sebagai  hadiah kepada atlet angkat berat negara, Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel di Australia pada Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata kejayaan atlet kelahiran Rompin itu amat membanggakan, tambahan pula Azroy muncul atlet pertama menyumbang emas kepada negara dalam acara snatch 56kg di Arena Sukan Carrara, Gold Coast.

"Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan jutaan syabas dan terima kasih kepada Azroy atas pencapaiannya itu. Syabas juga kepada jurulatih yang bekerja keras membentuk juara dari daerah di Pahang.

"Kejayaan Azroy itu berjaya mengekalkan imej Rompin sebagai daerah yang melahirkan 'badang' sekali gus mengekalkan status Rompin sebagai daerah yang terkenal dengan sukan angkat berat," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Mohd Johari berkata insentif yang sama pernah diberikan kepada juara silat dunia berasal dari Bukit Setongkol di Kuantan, Mohd Al Jufferi Jamari dan jurulatih silat kebangsaan, Nasri Nasir dari Temerloh.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam membangunkan sukan angkat berat di Rompin dengan pelbagai insentif dan program sejak 1994.

"Perkembangan sukan angkat  berat di daerah ini amat baik sekali dan pencapaian cemerlang ini terbukti dalam tempoh 10 tahun ini.

"Segala pengorbanan oleh atlet dan jurulatih serta peruntukan yang diberikan kepada sukan ini membuahkan hasil dan saya berharap Rompin akan terus melahirkan jaguh angkat berat secara konsisten," katanya.- Bernama

Sukan Komanwel , Muhammad Azroy , Emas

Artikel Sebelum

CRFC sasar layak ke Piala FAM 2022

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Hebat Chong Wei!

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain