suria

Van Dijk Simpan Rahsia 'Tumbangkan' Salah

PEMAIN pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk percaya Mohamed Salah berupaya mengatasi mana-mana pemain pertahanan lain di Eropah.

Pada Rabu ini, Manchester City akan bertandang ke Anfield bagi siri pertama suku akhir kejohanan Liga Juara-Juara menentang Liverpool.

Salah dijangka membuat serangan berbisa menentang City yang mana ketika ini dia sudah menjaringkan 37 gol dalam semua perlawanan musim ini.

Pencapaian ini menyebabkan Van Dijk percaya bintang kelahiran Mesir itu sukar untuk ditumbangkan.

Ketika diajukan mengenai ancaman Salah terhadap pasukan mereka, Van Dijk berkata, "Semua orang tahu jawapannya.

"Dia adalah pemain yang hebat, dia bermain  100 peratus dan boleh atasi sesiapa sahaja.

"Tapi sudah tentu ada cara untuk menumpaskannya. Saya tak nak cakap pasal hal ini, nanti pihak lawan tahu pula," ujar Van Dijk.

Dalam pada itu, Salah dijangka memberi saingan sengit kepada pemain tengah City, Kevin De Bruyne dalam amugerah Professional Footballers' Association Players' Player of the Year penghujung musim ini.

Walaupun kehebatan Salah tidak dapat disangkal lagi, Van Dijk percaya kejayaan pemain itu banyak dibantu ahli pasukannya.

"Dia sangat hebat dan bekerja keras, sama seperti ahli pasukannya yang lain.

"Apabila berada dalam satu pasukan, semua sama sahaja. Tiada siapa yang rasa dia lagi hebat.

"Semua bekerja untuk satu misi sama iaitu untuk memberi kemenangan pada pasukan. Semua perlu beri yang terbaik," ujar Van Dijk.-Metro.uk


Salah, Van Dijk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain