suria

Bruyne Enggan Dibandingkan Dengan Salah

Foto dari AFP.

KEVIN DE BRUYNE berkata bahawa dia layak untuk memenangi anugerah 'Player of the Year', namun menegaskan bahawa dia tidak dapat dibandingkan dengan Mohamed Salah.

Pemain Manchester City itu percaya dua layak memenangi anugerah Pemain Terbaik itu ketika dan dijangka menjadi antara pesaing untuk merebut anugerah itu setelah membantu City melangkah setapak mencapai kemenangan dalam kejuaraan Liga Perdana.

Pemain tengah kelahiran Belgium itu menjaringkan tujuh gol pada musim ini, sementara penyerang Liverpool, Salah, mendahului carta pemarkahan Liga Perdana Inggeris dengan 29 daripada 37 gol dalam semua perlawanan.

Kedua-dua pemain itu akan beraksi di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada Rabu dan De Bruyne berkata: "Anda tidak boleh membandingkan (kami), ia adala mustahil. Jadi bagaimana pemain memilih?

"Semua orang mempunyai pendapatnya sendiri, bergantung kepada apa yang dicari oleh orang lain dalam pemain.

"Salah mempunyai pencapaian gol yang luar biasa dan dia bermain dengan sangat baik. Musim ini dia telah bermain dengan secara luar biasa.

"Untuk membandingkan kami, saya tidak tahu, bagaimana hendak membandingkan guna statistik?

"Ia sangat berbeza. Saya bermain (menentang Everton) seperti pemain pertahanan tengah, bagaimana anda boleh membandingkan saya dengan pemain penyerang?" soal Bruyne. - Four Four Two

Kevin De Bruyne, Mohamed Salah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain