suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Mahu Tarik Silva Sertai Real Madrid

Foto dari Agensi.

CRISTIANO RONALDO meminta Real Madrid untuk menandatangani kontrak bersama pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva pada musim ini, menurut laporan media di Sepanyol.

Real dijangka akan melakukan rombakan pemain susulan kempen kelab itu yang mengecewakan, menyaksikan mereka berada 13 mata di belakang Barcelona dalam La Liga.

Seorang penyerang dikenalpasti menjadi pilihan utama dan Karim Benzema dijangka menjadi sasaran kelab itu.

Pemain Paris Saint-Germain, Neymar dan Bayern Munich, Robert Lewandowski juga dikatakan menjadi target utama Real.

Terdapat laporan mencadangkan bahawa Manchester City bersedia dengan tawaran bernilai £70 juta (RM380 juta) dan kini, menurut laporan Diario Gol pula, Ronaldo mahu Silva menyertainya pada musim ini.

Laporan itu mendakwa Ronaldo cuba memujuk Perez bahawa Silva ialah pemain yang diperlukan pasukan itu kerana dia percaya bintang kelahiran Portugal tersebut mampu menggalas posisi pemain sayap dengan sebaiknya. - Express

Ronaldo

Artikel Lain