suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa Gerangan Wanita Bernama Marina Kepada Aubameyang?

PIERRE-EMERICK Aubameyang berkata, gaya rambut baharunya pada aksi Arsenal menentang Stoke awal pagi Isnin adalah tanda ingatan kepada mendiang neneknya.

Nama 'Marina' diwarnakan pada rambut penyerang itu sempena memperingati neneknya yang meninggal dunia pada minggu lalu.

Bulan lalu, Aubameyang memuat naik gambar di Instagram ketika dia melawat neneknya berserta kapsyen: "Senyuman terakhir yang menunjukkan nenek adalah seorang yang baik.

"Kunjungan terakhir ke kampung nenek dan saya gembira berada di samping nenek.

"Nenek terlalu sayangkan saya dan mengajar saya banyak perkara... saya bertutur bahasa Sepanyol kerana nenek. Saya berbangga menjadi 'anak' nenek.

"Ciuman terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada nenek," tulisnya. - Talk Sport

Aubameyang

Artikel Berikut

Artikel Lain