suria

Umtiti Orang Tengah 'Tarik' Griezmann Ke Barcelona

SAMUEL Umtiti mengakui dia bertindak umpama ejen bagi mendekati Antione Griezmann berhubung perpindahan pemain itu ke kelabnya, Barcelona.

Pada mulanya, dua pemain itu dikhabarkan bakal berpindah ke Manchester United menjelang musim panas ini.

Namun sebaliknya Umtiti, 24, dan Griezmann, 27, mungkin akan menjadi rakan sepasukan.

Laporan mendedahkan kelab itu menawarkan £88 juta (RM478 juta) kepada Griezmann bagi menyertai mereka dalam kempen 2018/2019.

Apabila diajukan mengenai desas desus itu, Umtiti mengakui dia ada berbincang dengan Griezman.

"Saya meletakkan diri sebagai ejen.

"Memang betul kami ada bercakap mengenai perpindahan itu, tapi saya nak tahu apa yang dia fikir pasal Barca, itu sahaja.

"Sekiranya dia datang ke Barca, nampaknya kami akan bermain dengan enam pemain," ujar Umtiti.

Dalam pada itu, Umtiti turut ditawarkan kontrak perpindahan bernilai £53 juta (RM288 juta) ke Manchester United.

Namun, pemain dari Perancis itu bertegas yang dia gembira bersama Barca.

"Barcelona adalah kelab impian saya. Saya menyertainya sewaktu berusia 22 tahun.

"Ia sangat istimewa buat saya. Setiap hari tidak kira sewaktu latihan atau perlawanan, saya gembira bersama pasukan ini.-Metro.uk


Griezmann, Umtiti

Artikel Sebelum

Ronaldo Dalam Radar Juventus

Artikel Berikut

Artikel Lain