suria

Tiada Wakil Pengadil British Pada Piala Dunia Di Rusia

Webb menjadi pengadil Piala Dunia pada edisi 2014.

LONDON: Piala Dunia di Rusia Jun ini menyaksikan buat kali pertama dalam tempoh 80 tahun tiada penglibatan pengadil British.

Senarai 36 orang pengadil dan 63 pembantu pengadil diumumkan oleh Perseketuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada Khamis.

Kesemua pengdail dan pembantu itu dipilih daripada 46 negara namun tidak ada seorang pun wakil dari England, Wales, Scotland atau Ireland Utara.

Sementara itu Amerika Syarikat menghantar dua pengadil bersama dua pembantu.

Pembantu video pengadil, yang bakal digunakan buat julung kalinya di kejohanan akhir Piala Dunia bermula 14 Jun ini akan diumumkan kelak.

Pengadil England, Mark Clattenburg yang mengadili aksi final Euro 2016 di antara Perancis dan Portugal berada dalam senarai awal pengadil Fifa, namun dia meninggalkan Liga Perdana musim lepas selepas mendapat kerja di Arab Saudi.

Selain Clattenburg, Howard Webb pernah bergelar pengadil Piala Dunia di Afrika Selatan 2014.

Manakala pengadil British yang lain termasuk George Reader 1950, William Ling 1954 dan Jack Taylor 1974.

Senarai penuh pengadil Piala Dunia 2018:

Fahad Al Mirdasi (Arab Saudi) Alireza Faghani (Iran) Ravshan Irmatov (Uzbekistan) Mohammed Abdulla Mohamed (UAE) Ryuji Sato (Jepun) Nawaf Abdulla Shukralla (Bahrain) Mehdi Abid Charef (Algeria) Malang Diedhiou (Senegal) Bakary Papa Gassama (Gambia) Ghead Grisha (Egypt) Janny Sikazwe (Zambia) Bamlak Tessema Weyesa (Ethiopia) Joel Aguilar (El Salvador) Mark W Geiger (Amerika Syarikat) Jair Marrufo (Amerika Syarikat) Ricardo Montero (Costa Rica) John Pitti (Panama) Cesar Arturo Ramos Palazuelos (Mexico) Julio Bascunan (Chile) Enrique Caceres (Paraguay) Andres Cunha (Uruguay) Nestor Pitana (Argentina) Sandro Ricci (Brazil) Wilmar Roldan (Colombia) Matthew Conger (New Zealand) Norbert Hauata (Tahiti) Felix Brych (Jerman) Cuneyt Cakir (Turki) Sergey Karasev (Rusia) Bjorn Kuipers (Belanda) Szymon Marciniak (Poland) Antonio Miguel Mateu Lahoz (Sepanyol) Milorad Mazic (Serbia) Gianluca Rocchi(Itali) Damir Skomina (Slovenia) Clement Turpin (Perancis)

Piala Dunia, pengadil, Rusia

Artikel Berikut

Artikel Lain