suria

Pemain Arab Saudi Sertai Manchester United

PENYERANG Arab Saudi Mohammed Al-Sahlawi bakal menyertai Manchester United selama tiga minggu.

Pemain berusia 31 tahun itu merakam 26 gol dalam 33 perlawanan antarabangsa Arab Saudi dan bersedia untuk mempertajamkan kemahirannya bersama kelab elit sebelum aksi Piala Dunia Jun ini.

Al-Sahlawi merupakan 'ayam tambatan' kepada Arab Saudi.

Pengerusi General Sports Authority (GSA) Arab Saudi, Turki Al-Sheikh mengumumkan perkara ini menerusi laman Twitternya.

"Persetujuan bersama dicapai dengan Manchester United untuk Mohammed Al-Sahlawi akan menyertai program latihan selama tiga minggu. Moga Tuhan memberi kelebihan kepadanya," tulis Al-Sheikh.

Mourinho tidak berminat dengan pemain Al-Nassr itu, namun terpaksa bersetuju demi perjanjian komersial dengan Old Trafford.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain