suria

Peringatan Conte Kepada Pemain

ANTONIO Conte memberi peringatan penting kepada pemain-pemainnya menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur minggu ini.

Conte memberitahu, perlawanan menetang Spurs ini amat penting bagi memastikan kelayakan ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

The Blues bakal melayan kunjungan Spurs di Stamford Bridge yang dijangka perlawanan sengit akan berlangsung.

"Ini adalah perlawanan penting. Sangat penting buat kami.

"Sasaran kami musim ini adalah layak ke saingan Liga Juara-Juara dan mara ke final Piala FA . Cuba dan menang.

"Ini adalah perkara utama musim ini. Ahad ini adalah hari penting. Jika menang, kami akan rapat dengan Tottenham.

"Jika tidak, kami akan teruskan perjuangan dengan baki tujuh perlawanan lagi dan pastinya akan menjadi sukar untuk mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara.

"Tidak ada apa yang mustahil. Dalam persaingan ini, saya juga tidak melupakan Liverpool. tetapi sudah pasti kami akan cuba menang dalam setiap perlawanan.

"Cuba elakkan daripada buat banyak kesilapan, jangan hilang mata," ujarnya.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain