suria

Malaysia Bertembung Denmark Dalam Piala Thomas

PETALING JAYA: Juara bertahan Denmark akan menjadi penghalang utama Malaysia dalam peringkat kumpulan pada final Piala Thomas.

Keputusan seri yang diperoleh di Bangkok pada Khamis membuatkan Malaysia ditarik ke dalam Kumpulan D bersama Denmark, Rusia dan Algeria.

Ia sememangnya undian kumpulan yang berpihak kepada Malaysia kerana tidak bertembung dengan peserta terbaik negara-negara Asia lain dalam peringkat awal final yang diadakan di Bangkok dari 20 hingga 27 Mei.

Ia juga merupakan peluang buat Malaysia untuk menebus kekalahan separuh akhir kepada Denmark pada edisi 2016 di Kunshan, China.

Kumpulan B pula akan menjadi kumpulan yang paling sengit kerana ia meletakkan juara 13 kali iaitu Indonesia, Korea Selatan, Kanada dan tuan rumah Thailand.

Namun Malaysia tidak begitu bernasib baik di Piala Uber.

Pemain wanita pula diundi berada dalam Kumpulan D bersama juara bertahan China, Indonesia dan Perancis.

Pasukan kegemaran Jepun mengetuai Kumpulan A bersama India, Kanada dan Australia, manakala Thailand diletakkan dalam Kumpulan B dengan Taiwan, Jerman dan Hong Kong.

Kumpulan C pula terdiri daripada Korea Selatan, Denmark, Rusia dan Mauritius.

Piala Thomas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain