suria

Akhirnya Man United Mahu Pasukan Wanita

Old Trafford. Foto Reuters

MANCHESTER United mengesahkan mengenai hasrat untuk melancarkan pasukan profesional wanita.

Kelab di Old Trafford itu merupakan satu-satunya kelab di Liga Perdana Inggeris yang tidak mempunyai pasukan wanita di peringkat profesional.

Manchester United telah mengemukakan permohonan kepada persatuan bola sepak (FA)  dan berharap dapat menyertai peringkat kedua Liga Super Wanita (WSL).

Mengumumkan langkah itu, Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward berkata: "Kami dengan sukacita mengumumkan bahawa kelab ini berhasrat untuk menubuhkan pasukan profesional wanita yang pertama dan telah mengemukakan permohonan untuk memasuki WSL2.

"FA telah memberikan sokongan yang sangat baik melalui proses ini dan kami percaya dengan melancarkan satu pasukan di WSL2, ia akan memberi lebih banyak pemain yang berbakat dari Kelab Bakat Serantau (RTC) peluang untuk membentuk diri mereka sebagai pemain pasukan pertama.

"Pasukan wanita Manchester United mesti dibina dengan imej yang sama dan dengan prinsip yang sama dengan pasukan pertama lelaki dan menawarkan pemain terlatih untuk menjadi yang terbaik."

Manchester United mengesahkan skuad wanita akan ditempatkan di pusat latihan The Cliff.

WSL ditubuhkan pada 2011 sebelum diperluaskan kepada dua divisyen pada 2014. - Mirror UK

Manchester United

Artikel Lain