suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KFA Akan Bincang Kedudukan Marcote

KFA akan membincangkan masa depan Marcote tidak lama lagi. Foto: KFA

ALOR SETAR: Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan  bermesyuarat  dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan jurulatih Kedah, Ramon Marcote.

Presiden persatuan itu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ini susulan prestasi Lang Merah yang agak merudum sejak kebelakangan ini, antaranya terlepas dua piala utama iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA serta jatuh ke kedudukan ketujuh dalam Liga Super.

"Pada mesyuarat itu nanti, kita akan beri ruang kepada Ramon untuk menjelaskan keadaan sebenar mengenai prestasi pasukan di bawah bimbingannya itu. Tidak adil kalau kita terus ambil tindakan padanya,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pejabat Tanah Kota Setar di sini, Selasa.

Setelah gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini, penyokong setia Kedah mula mempersoalkan kemampuan Ramon sebagai jurulatih pasukan selain menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemain import pilihan Ramon, Pablo Pallares yang dilihat gagal menyinar.

Dalam perlawanan menentang Pahang dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu lalu skuad Lang Merah tumpas dengan kekalahan tipis 0-1 sekali gus membolehkan pasukan Pahang mara ke pusingan suku akhir Piala FA. -Bernama

KFA, Ramon Marcote

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain