suria

Martinez Dakwa Conte 'Rosakkan' Posisi Hazard

PENGURUS Belgium, Roberto Martinez tidak berpuas hati apabila pengurus Chelsea menyalahgunakan posisi pemainnya.

Sejak kebelakangan ini Antonio Conte meletakkan Eden Hazard sebagai penyerang yang dianggap bukan posisi sebenarnya.

Hazard lebih sesuai bermain di posisi tengah.

Malah selepas kekalahan kepada Manchester City baru-baru ini, Hazard mengakui amat sukar untuknya bermain dan hanya mendapat tiga kali sahaja peluang menyentuh bola.

Martinez bersetuju dengan situasi pemain skuad kebangsaannya itu.

"Saya tidak akan meletak Hazard di sana (penyerang)," jelasn Martinez menjelang perlawanan persahabatan Belgium menentang Arab Saudi minggu depan.

Bekas pengurus Everton itu turut memuji salah seorang pemainnya, Romelu Lukaku bersama Manchester United.

"Prestasi dia sangat baik. Aksi menakjubkan ketika bertemu Liverpool. Dia juga menunjukkan kematangan.

"Saya gembira melihat dia bermain denngan level yang tinggi itu," ujarnya.

Belgium, Eden Hazard

Artikel Berikut

Artikel Lain