suria

Neymar Diburu Real Madrid, Iniesta Bakal Angkat Kaki

Foto dari Agensi

SPEKULASI tentang perpindahan Neymar menjadi sasaran Real Madrid terus hangat diperkatakan, sementara Andres Iniesta dari Barcelona masih berkira-kira untuk meninggalkan Nou Camp pada hujung musim nanti.

Los Blancos percaya bahawa usaha mendapatkan Neymar tidak akan mudah tapi masih berharap untuk membawa penyerang itu ke Bernabeu sebelum Piala Dunia.

Real percaya bidaan bernilai €300 juta (RM1.4 bilion) mampu membuatkan PSG menjual Neymar kepada pasukannya pada musim panas ini.

Nilai itu mungkin lebih rendah pada musim panas 2019 kerana Neymar dijangka bernilai hanya €222 (1.07 bilion) iaitu nilai yang sama PSG bayar kepada Barcelona pada Ogos.

Sementara itu, Manchester United dikatakan tidak gembira dengan dakwaan Jose Mourinho bahawa kelab tersebut perlu mengeluarkan lebih banyak wang dan pengurus dari Portugal itu mungkin akan ke PSG pula.

Di Perancis, PSG telah bercakap kepada bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique tentang pertukaran Unai Emery di Parc des Princes dengan Iniesta yang dijangka akan berundur kerana gagal melayakkan pasukan ke suku akhir Liga Juara-Juara. - Eurosport

Neymar, Iniesta

Artikel Lain