suria

Conte ‘Salahkan’ Messi Jadi Punca Chelsea Gagal Ke Suku Akhir

Conte memeluk Messi selepas perlawanan antara pasukannya menentang Barcelona pada Rabu. - AFP

ANTONIO conte menegaskan kemenangan Barcelona ke atas Chelsea dalam Liga Juara-Juara pada Rabu adalah tidak adil selepas usaha berani pasukannya dibayangi oleh Lionel Messi di stadium Camp Nou.

Messi menjaringkan dua gol dan membuka laluan kepada Ousmane Dembele untuk menambah gol menjadikan tuan rumah memenangi 3-0 dan maju ke suku akhir dengan mata 4-1 secara agregat.

Bagaimanapun, Chelsea tidak bernasib baik dan akhirnya tersingkir.

"Kami tidak menyesal. Kalau anda tonton perlawanan itu, boleh nampak yang keputusan adalah tidak adil.

"Permulaan kami sangat teruk dan menghentar tiang gol sebanyak empat kali, ia sangat aneh.

"Saya mesti berkata jujur, saya harus bangga dengan pemain saya, kita perlu teruskan bersama dengan cara ini, keinginan untuk berjuang bersama," kata Conte.

Prestasi Chelsea amat baik pada leg pertama dengan keputusan 1-1, namun mereka dilemahkan oleh Messi di Catalonia.

Conte menjelaskan sebab dia memuji pemain kelahiran Argentina itu selepas perlawanan: "Apabila anda berpeluang untuk memberikan pujian yang bagus kepada Messi, saya rasa ia adalah tindakan betul.

"Kita bercakap tentang pemain yang luar biasa, yang terbaik di dunia. Saya rasa kita bercakap tentang pemain yang boleh mengubah keputusan akhir setiap pasukan yang diwakilinya.

"Pemain seperti dia hanya dilahirkan seorang dalam 50 tahun," puji Conte terhadap Messi. - Eurosport

Antonio Conte, Lionel Messi

Artikel Berikut

Man United Terus Dikecam

Artikel Lain