suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Terus Dikecam

Penjaga gol Manchester United, David de Gea (tengah) gagal mengawal gawang sehingga dibolosi Sevilla sebanyak dua kali dalam perlawanan pusingan kedua bagi pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi Rabu. Foto AFP

LEGENDA bola sepak Graeme Souness mengkritik kegagalan Manchester United yang ditewaskan oleh pasukan Sevilla yang 'biasa-biasa'.

Pasukan di bawah pimpinan Jose Mourinho itu terus dikritik selepas tersingkir dalam Liga Juara-Juara pada Rabu, dengan 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua bagi pusingan 16 pasukan terakhir.

Pada perlawanan itu, pemain pasukan lawan, Wissam Ben Yedder meraih dua gol sekali gus memberi kemenangan kepada Sevilla.

"Mereka tidak pernah bermain pada tempo yang cukup untuk menyebabkan pasukan Sevilla yang 'biasa-biasa' ini terjejas," kata Souness kepada saluran TV di Ireland, TV3.

"Kita bercakap pasal Manchester United. Ia adalah Manchester United, kelab terbesar di dunia... bermain seperti itu.

"Tak cukup bagus...," kritik Souness yang pernah bermain untuk beberapa kelab seperti Liverpool (1978-1984) dan menjadi pengurus pasukan dengan terakhir adalah Newcastle United (2004-2006). - Mail Online UK

Artikel Lain