suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden Ludah: Sky Sports Gantung Tugas Carragher

BEKAS pemain Liverpool, Jamie Carragher digantung oleh Sky Sports sehingga akhir musim ini.

Carragher menjadi pengulas perlawanan di Sky Sports digantung tugasnya selepas insiden meludah muka pelajar perempuan berusia 14 tahun yang ketika itu berada di dalam sebuah kereta.

Insiden itu berlaku selepas perlawanan kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Liverpool.

"Berdasarkan siasatan dalaman, Sky telah menggantung Jamie Carragher sepanjang musim ini.

"Jamie bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dan kami akan pastikan dia menerima pertolongan bagi menjamin perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.

"Sebelum bermula musim baharu nanti, kami akan duduk berbincang dengan Jamie sama ada dia bersedia atau tidak menyambung tugasnya," jelas Sky dalam satu kenyataan.

Selepas kejadian tersebut, Carragher telah menghubungi keluarga pelajar itu untuk memohon maaf.

Jamie Carrgher, Liverpool, Sky Sports

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain