suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah Kelab Fenix Dikecam Gara-Gara Sepak Ayam

PERSATUAN Bola Sepak Uruguay mengenakan hukuman ke atas kelab Divisyen Satu, Fenix selepas pengarahnya menyepak seekor ayam.

Insiden berlaku ketika perlawanan Fenix bertemu Racing Ahad lalu apabila dua ekor ayam yang berwarna hijau dan putih (warna kelab Racing) masuk ke padang.

Bengang melihat dua ekor ayam yang terlepas ke padang, Gaston Alegari menyepak salah seekor ayam tersebut.

Tindakannya itu mendapat kritikan daripada kumpulan perlindungan haiwan dan juga penyokong kelab.

Kehadiran ayam itu juga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa minit dan menambah lagi kemarahan Alegari apabila Fenix tewas 1-0.

Uruguay menjatuhkan hukuman kepada Fenix bermain di tempat lawan satu perlawanan berikutan insiden tersebut.

Fenix, Uruguay, Racing, Ayam

Artikel Lain